Penjagaan kesihatan adalah perkara paling utama dalam menjamin kehidupan komuniti yang sejahtera. UniSZA komited dalam memastikan komuniti mendapat akses kepada pakar-pakar perubatan kami dengan mudah dan cepat secara atas talian.
Pakar perubatan kami yang bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR) sedia membantu anda memberi khidmat nasihat yang profesional. Seramai lebih 40 pakar perubatan kami dari pelbagai bidang kepakaran telah dilatih bagi menggunakan teknologi atas talian dalam membantu memberi nasihat kesihatan bagi kes-kes bukan kecemasan. Doktor-doktor pakar kami mempunyai purata pengalaman selama 20 tahun.
Kesemua Pakar Pemakanan dan Pakar Nutrisi kami sedia membantu anda memberi khidmat nasihat pemakanan yang profesional dan mesra. Mereka telah dilatih bagi menggunakan teknologi atas talian dalam membantu memberi nasihat terapi pemakanan perubatan mengikut penyakit yang dihidapi dan nasihat pemakanan umum untuk setiap lapisan masyarakat. Kesemua pakar kami adalah bertauliah dan berdaftar dengan Persatuan Dietetik Malaysia (MDA) dan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM). Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan khidmat nasihat mereka.
Bagaimana anda boleh dapatkan nasihat kesihatan dari pakar-pakar kami?
Anda perlu memberikan beberapa maklumat asas bagi memudahkan kami membantu anda. Maklumat anda akan dirahsiakan.
Dapatkan e-Tiket dari sistem kami bagi setiap sesi perundingan atas talian yang anda ingin dijalankan. Seorang doktor pakar akan ditugaskan kepada anda.
Kami akan hubungkan anda dengan doktor pakar kami melalui aplikasi WhatsApp. Sila hantarkan tiket anda kepada doktor yang ditugaskan bagi memulakan sesi perundingan.